Kereta kompak paling popular di Malaysia, Perodua bakal mencipta
fenomena yang serupa di Sri Langka tetapi kali ini melibatkan kereta
Viva.
Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua),menyatakan permintaan Viva di Sri Langka hampir
mencecah 300 peratus dan merupakan sesuatu pencapaian yang menakjubkan.
''Permintaan pasaran di Sri Lanka begitu menggalakkan terutamanya model Viva,'' kata beliau di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Aminar Rashid berkata, Perodua akan mengeksport 500
buah Myvi baharu ke Indonesia menjelang akhir bulan ini menggunakan
jenama Daihatsu Sirion.
Penghantaran kereta itu ke republik itu adalah langkah pertama
Perodua menembusi pasaran negara berkenaan menggunakan jenama Daihatsu.
Aminar Rashid berkata, Perodua Myvi atau Daihatsu Sirion akan
dilancarkan sempena pameran motor antarabangsa di Indonesia kemungkinan
sebelum penghujung bulan Julai.
Katanya, penghantaran pertama Myvi itu akan menjadi asas kepada
Perodua untuk menilai keadaan pasaran di negara itu sebelum langkah
selanjutnya dilakukan.
"Selain Indonesia, pasaran di Thailand dan Afrika Selatan masih di
bawah kajian dan ia memerlukan sedikit masa sebelum kami membuat
sebarang keputusan," kata Aminar Rashid.
Mengulas lanjut tentang Myvi, beliau berkata, kereta generasi baharu itu dihasilkan menggunakan kepakaran 200 jurutera tempatan.
"Kami melabur RM230 juta bagi memajukan model baharu ini selama 27
bulan selain berjaya meningkatkan kandungan tempatan kepada 85 peratus
berbanding 80 peratus dalam MyVi generasi pertama.
"Model terbaharu ini hanya menggunakan casis Daihatsu, manakala
peralatan lain yang melengkapinya adalah komponen tempatan termasuk reka
bentuk dan keperluan yang ditawarkan," jelas beliau.
-utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan