Lain macam ja pun perhimpunan BERSIH ni,takkan sampai nak letop bangunan segala bagai kot,ini bukan aku kata ya,ini polis yang tangkap dan siasat,kalau nak tau lebih lanjut sila baca keterangan di bawah nih...
"Polis menahan seorang lelaki warga Kemboja kerana memiliki
bahan-bahan membuat letupan di dalam sebuah teksi yang dipandunya semasa
polis mengadakan ”Ops Padam Bersih” di susur masuk Plaza Tol Tapah
semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, lelaki berusia 41
tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam ketika memandu
sendirian dalam perjalanan dari Ulu Tiram, Johor, ke Tapah".
Siasatan polis mendapati lelaki itu membawa muatan empat guni berisi
simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk berwarna hitam disyaki
sekam padi, dua guni plastik jenama borax decahydrate mengandungi serbuk
putih, satu guni berisi besi paip bercampur getah paip, lima biji
mangkuk tanah, satu beg plastik disyaki mengandungi pasir dan satu tong
plastik mengandungi cecair disyaki asid.
Lelaki berkenaan yang sudah menetap selama 18 tahun di negara ini dan
mendapat kerakyatan Malaysia dikatakan menyewa teksi berkenaan untuk
membawa bahan-bahan tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan
perhimpunan haram di ibu negara esok, katanya pada sidang akhbar di sini
hari ini.
Shukri berkata, lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari
bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat
mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya
1958, di mana barang-barang yang dirampas dipercayai bahan kakisan dan
bahan yang boleh dibuat letupan.
- Bernama
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan