Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 30 bulan dan tiga
sebatan terhadap abang kepada Zizie Ezette, Samzy Fuzette A Samad
kerana memiliki 12.15 gram syabu di sebuah kondominium di Bukit
Antarabangsa, Ampang, dekat sini, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas menolak
rayuan difailkan pelakon yang pernah membintangi beberapa drama tempatan
seperti Seri Istana dan ‘Cucu-cucu Atuk’.
Samzy Fuzette, 35, (pemohon) yang kini berniaga sendiri
memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret
Ampang pada 30 November 2010.
Bapa kepada tiga anak yang kelihatan tenang dilihat memeluk
isterinya, Sarinah Mohammad, 32, bagi menenangkan wanita itu yang
menangis teresak-esak apabila mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu
bermula semalam.
Terdahulu, Samzy Fuzette yang hadir memakai kemeja putih dan
diiringi beberapa rakannya sempat berbisik kepada pemberita, ‘doakan
saya’ sebelum mengambil tempat di kandang tertuduh.
-metro
Abang pelakon popular dipenjara!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan