Godam mencari MH370

Kumpulan penjenayah siber didakwa menggodam sistem komputer pihak berkuasa Malaysia semasa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang.

Laman web Express.co.uk melaporkan, kumpulan berkenaan didakwa cuba menyerang sistem komputer organisasi kerajaan termasuk kerajaan Malaysia seperti polis dan tentera laut, dalam cubaan untuk mencuri maklumat tentang usaha mencari pesawat berkenaan.

Kakitangan Makmal Keselamatan Perisian Kaspersky, Costin Raiu berkata, memang terdapat kumpulan penjenayah siber yang begitu aktif di sekitar kawasan Asia Pasifik yang dikenali sebagai Naikon.

“Susulan kehilangan pesawat MH370, kami mendapati berlaku serangan oleh Naikon. Tujuan utama serangan adalah untuk mendapat maklumat risikan dari negara-negara yang terlibat dalam usaha pencarian,” jelas Raiu.

Kata Raiu, kumpulan berkenaan menggodam dengan menghantar beribu-ribu e-mel yang didakwa mengandungi maklumat terkini atau sedang mencari maklumat tentang pesawat MH370.

“Sebelum ini mereka berjaya menyerang institusi berprofil tinggi di beberapa buah negara,” ujar Raiu.

Bagaimanapun, sama ada usa­ha mereka untuk mendapatkan maklumat itu berjaya atau tidak masih tidak dapat disahkan.

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu dan sehingga kini tiada sebarang maklumat ditemui bagi menjejaknya.
sumber-utsan

ATM kena GST?

Pengeluaran wang kad bank sendiri Tiada gst

Contoh Abu pegang kat ATM keluar duit kat bank sama iaitu cimb maka Tiada gst .

1. Keluar Wang Guna Mesin ATM Lain Kena GST

2. Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015.


3. Berbeza berbanding sebelum ini, pengguna hanya dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS.

4. Bagaimanapun, cukai GST dikenakan pada caj MEPS dan bukan pada jumlah transaksi.

5. Caj Terkini Transaksi Duit Menerusi MEPS (Bank Lain)
RM1.06 mulai 1 April 2015
Panduan Contoh Transaksi ATM Kena GST Mulai 1 April 2015

6. Jika  pengeluaran wang dari mesin ATM yang lain, maka akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 Sen termasuk GST.


7. Jika pengeluaran wang dari mesin ATM bank sendiri maka tiada GST.


Caj MEPS RM1.00 tersebut dikenakan oleh syarikat MEPS untuk khidmat interbank. Hanya 0.06 sen yang akan dibayar kepada kerajaan sebagai GST.

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail
8/3/2015

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...