MB kedah berdendam?

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir tegas dengan pendirian akan memberi tumpuan kepada usaha menunaikan manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah dan mengutamakan pengundi yang menyokong parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, beliau tidak boleh berbuat apa-apa jika ada pihak mempunyai persepsi negatif kerana pendiriannya tidak berubah seperti pernah diperjelas dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini. "Pihak lawan kami pun ada manifestonya tetapi keputusan PRU-13 kami yang menang, sudah tentu manifesto kami yang akan kami laksanakan.

"Saya juga menyatakan apabila sudah selesai apa yang telah kami janjikan dan ada lebihan-lebihan sikit, pada waktu itu kita berilah perhatian kepada mereka. Kalau mereka mahu cepat marilah sebelah kami ini, senanglah kami mahu buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Kedah di sini malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menuduhnya menunjukkan tanda-tanda seorang Menteri Besar pendendam dan ingin menghukum masyarakat Cina kerana tidak mengundi BN. Perkara itu berikutan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkenaan dilapor membuat kenyataan pentadbirannya akan menumpukan kepada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.

Menurut Mukhriz, pendirian beliau itu bukan kerana berdendam tetapi keputusan pilihan raya umum lalu jelas menunjukkan ada golongan masyarakat tertentu lebih memihak kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ditanya pendirian tersebut akan menghakis sokongan pengundi Cina, beliau berkata, sokongan kaum itu sudah sedia terhakis dan mereka kurang bernasib baik kerana walaupun undi lebih kepada DAP namun tetap gagal mengekalkan kedudukan di Kedah serta merampas Dewan Rakyat.

a2u kata: masa ketua depa hina kita tak pula rasis(berdendam), bila kita acah sikit mula la depa dok meroyan,potong tang koner sungguh la puak nih.

cara mudah cuci kotoran degil

Salam hormat dan selamat hari-hari, ini hari aku nak kongsi satu cerita pasal cuci mangkok tandas,besi crome yg berkarat,sinki rumah atau kekotoran degil yg seangkatan denganya,kongsi cerita bukan kongsi gelap naa..

Cara cuci bukan dengan kaedah guna Harpic, Toilet Duck, Cocorex,Clorox dan produk2 mahal lain, tip cuci dengan hanya menggunakan coca cola je, tahu kan coca cola! kalau tak tahu masaalah la..

1.Mula2 dapatkan sebotol/setin coke, kemudian tuangkan coke tersebut ikut kesesuaian barang/perkakasan yg hendak dicuci, contoh kalau nak cuci mangkok tandas yg tersangat mengerikan keadaan lobang laluan ehem2 tu,caranya tuangkan setin coke kemudian kalau boleh biarkan semalaman, atau sekurangnya 2jam, Selepas tu boleh la sental dengan berus dan terakhir sekali flush,selesai le segala kotoran degil tersebut.

2.kaedah kedua boleh juga guna coke ni untuk cuci logam2 lain seperti tombol pintu yg dah berkarat atau bahagian2 stainless steel yg kusam masai. Caranya dengan tuangkan coke pada kain/kertas ikut kesesuaian kemudian gosokan berulangkali pada objek tadi sehingga dapat keputusan yg terbaeekk.. selamat mencuba.

Kalau nak cuba untuk cuci kasut,cuci baju,cuci cincin emas silakan je...tetapi,tatapi,taaapi sebarang kemalangan jiwa atau harta benda akibat petua yg tak disyorkan adalah tangungjawab sendiri ye..

Tag:cuci,pintu,tandas,lubang,tip,petua,cloroq,coca cola

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...