online:beli sijil simpanan premium BSN

Semua sedia maklum bahawa BSN menawarkan cabutan bertuah melalui produk sijil simpanan premium, dimana hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah sangat lumayan seperti hadiah kereta mewah,ipad dan segala bagai..
kepada yg berminat dan nak mencuba nasib untuk hadiah besaarrrr punya boleh cuba-cuba beli SSP ni melalui kaunter BSN,ATM ataupun lebih Mudah beli secara online di www.mybsn.com.my.

Kepada yg berminat nak beli secara online boleh le cuba langkah-langkah seperti berikut:
1.Log masuk ke akaun BSN
2.klik pada menu eSSP Purchase disebelah kanan sidebar.
3.lengkapkan form yang disediakan/jumlah unit/nombor akaun
4.klik submit dan lengkapkan pengesahan
5.selesai/klik print atau save page yg berkenaan.

Selepas selesai langkah-langkah tadi klik semula pada menu 'account overview' di sidebar,maka akan terpaparlah maklumat akaun pengguna juga jumlah unit yang kita dah beli, 1unit bersamaan rm10.00.

Setiap bulan pihak BSN akan buat cabutan pemenaang melalui nombor sijil penyimpan,bagi yg bertuah tu senyum sampai ke dagu le kan dapat hadiah,kepada yg tak menang bukannya korang tak bertuah,cuma mungkin tuah takda pada korang he he.

Ops cantas terlepas terlupa pulak nak kasitau,untuk semak samada kita tersenarai sebagai pemenang atau tak, setiap bulan sila le hinggap di laman MyBsn, klik pada menu eSSP winner Results,masukkan nombor i/c dan search tanpa perlu log in akaun.
Kalau nama takda dalam senarai faham2 jee lah kan,tak bertuah la tu...
Sekian selamat mencuba dan selamat hari-hari..

Tag:sijil,simpanan,bsn,penyimpan,akaun

Sabah diceroboh sekali lagi?

Apa sebenarnya yang puak solo,moro,koro,manoro ni mahukan lagi tak tahu la kan, nampaknya macam mengidam sangat nak rampas Sabah/Sarawak daripada Malaysia.
Walaupun pasukan keselamatan kita menafikan kenyataan MNLF yang bakal mengaktifkan beribu tentera ke Sabah, namun sedikit sebanyak pihak keselamatan hasrus berwaspada dan memandang serius setiap kenyataan/khabar angin, kerana masakan pokok bergoyang kalau takda angin,hatta atau berok yg mengoyang pokok shaja.

Utusan Malaysia melaporkan Pasukan keselamatan menafikan dakwaan palsu oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kononnya seramai 4,000 pejuang Tausug yang berada di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan dan bersedia untuk berperang.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan hanya propaganda kumpulan berkenaan bagi menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.
"Berdasarkan risikan awal perkara itu hanyalah temberang dan tidak benar," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan media Filipina dan antarabangsa yang kononnya tentera pejuang bangsa Moro telah diaktifkan
.-utusan

Semoga kenyataan itu benar dan sebenar khabar angin, minta dijauhkan seluruh negara dari mara bahaya.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...