Rahsia Tun Dr Mahathir didedahkan!

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.
Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.
Mahathir.
"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.
"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.
Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.
"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?
"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh.-
Utusan Melayu

Melayu kalah,Cina menang, salah?

Sememangnya kita tak perlu salahkan pengundi cina,kerana mereka bersatu..juga bkn salah melayu kerana berpecah,
tiada siapa yg bersalah,yg salah adalah Bapak sazali..ingat lagi apa sazli kata kepada bapaknya, "bapak yg bersalah dlm pekara ini,Bapak membesarkan sazli dgn secara membabi-buta saja,segala apa kemahuan sazli(pengundi cina) bapak(kerajaan) ikutkan sehingga sazli berani menipu,menipu utk kepentingan diri,"bapak hanya berkata anakku sazli bkn salah kau nak... nahh skarang sazli sudah punya pengaruh besar dan ramai yg sangup mati demi Sazli"bapak tau..

Walau kerajaan membina beratus SJKC,bantuan tokong diberi, peluang perniagaan dan berjuta kekayaan yang kaum pengundi ni dapat sekalipun.mereka tak memandang itu semua lg,
buktinya diterjemah melalui undi sokongan padu kepada DAP, dengan harapan kerajaan BN akan tumbang dalam PRU13 lalu serta sangat yakin yg PR pasti menang ‘ini kalilah’..yg jelas lg nyata melalui undi mereka ialah mereka inginkan KUAsa memerintah..itu hakikat smaada kita nafi atau akur..

Bersatu kita Teguh bercerai pasti Roboh, beringat dan berpesan pesanlah wahai Bapak sazli sekalian, sementara kuasa masih ditangan walau sudah dihujung tanduk..

by-Cina Muallaf.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...