Menurut pengurus kumpulan tersebut
Mahadi Abdul Latif, kepada UTUSAN Online, berita kematian Ujang hanya
diketahui kira-kira sejam yang lalu.
“Rakan-rakan mahu datang melawat selepas enam hari dia tidak bekerja, sampai di rumah, baru tahu yang dia sudah meninggal dunia.
“Tidak ada sesiapa yang tahu kerana dia memang tinggal seorang diri di rumahnya,” katanya kepada Utusan Online.
Tambah Mahadi lagi, sudah lama Ujang tidak menyanyi bersama Samudera kerana sakit dan kumpulan itu juga sudah menggunakan vokalis baru.
“Ujang sebelum ini pernah menyatakan kepada saya yang dia sakit cuma tidak diberitahu pula apa penyakit yang dihidapinya.
“Itu yang kedudukannya sebagai vokalis diganti dengan orang lain. Tetapi, saya sebagai pengurusnya memang sangat hormat dengan peribadi serta kekuatan vokal yang dimilikinya,” katanya.
Ujang, 50-an, bersama dengan kumpulan Samudera sejak tahun 1993 dan terkenal dengan lagu-lagu rock antaranya Salam Sejahtera, Sudah Takdir Begitu, Titian Hasrat dan Bila Diburu Kenangan.
sumber :Utusan Online