Jawatan Kosong Pegawai Pemantau Harga KPDNKK

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) membuka iklan kepada individu-individu yang berminat mengisi kekosongan satu (1) jawatan PPH di PPDNKK Pulau Pinang. Tempat bertugas adalah di Pejabat Cawangan SPT.

Syarat-syarat yang melayakkan permohonan adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia
2) Berkelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dalam apa jua bidang

Untuk makluman juga, pengisian ini adalah bertaraf kontrak untuk tempoh sehingga 31 Disember 2011. Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1500 sahaja.

Dapatkan borang permohonan di PPDNKK pulau pinang.

Borang Permohonan perlu dikembalikan ke Seksyen PDN sebelum 11 Februari 2011.
Ketua Seksyen PDN,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi&kepenggunaan,
Bangunan Tengku Syed Putra,
Lebuh Downing,10300 p.pinang.

Melayu Singapura oleh:Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

1. Tan Malaka yang namanya amat terkenal di zaman Sukarno mendakwa Melayu Singapura lebih disiplin (daripada Melayu Malaysia). Ini memang benar. Bahkan rakyat Singapura tanpa mengira bangsa juga amat disiplin.

2. Sebagai contoh mereka tidak akan buang sampah di jalan. Dengan itu jalan-jalan di Singapura amat bersih.

3. Tetapi apabila mereka menyeberang ke tanah besar Malaysia mereka akan buang sampah dari kereta mereka dalam perjalanan.

4. Ada pelawak yang memanggil Singapura "a fine city". Sebabnya kerana bagi tiap kesalahan kecil rakyatnya akan dikenakan denda iaitu "fine".

5. Rakyat Malaysia pun bila ke Singapura akan berjaga-jaga supaya tidak dikenakan fine.

6. Di Malaysia buang sampah selori di tepi jalan pun tidak diambil apa-apa tindakan. Sudah tentu rakyat Malaysia di Malaysia tidak disiplin dalam soal kebersihan dan lain-lain.

7. Mungkin ini kerana kita demokratik. Parti-parti politik takut rakyat tidak akan sokong mereka jika mereka bertindak terlalu keras supaya rakyat berdisiplin.

8. Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap. Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah.

9. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa.

10. Mungkin Tan Malaka lebih senang jika amalan di Singapura didapati di Malaysia.

11. Jika "demokrasi" ala Singapura diamal disini saya yakin bukan sahaja Melayu Malaysia akan disiplin tetapi semua kaum akan disiplin.

12. Sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia. Apa tidak. Masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah. Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru, dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru.

13. Menteri-Menteri pun lega kerana jika dicalonkan semula oleh parti, kemenangan terjamin walaupun menidakkan hak bersuara rakyat.

by Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...