ops sikap dan mekanisme

Menjelang hari raya haji yang bakal disambut oleh seluruh umat islam malaysia pada 6 november ini,Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan ops sikap tetap diteruskan seperti sebelumnya,menurut KDN statistik kemalangan jalanraya berjaya dikurangkan melalui ops sikap,betul ke?

"Kajian yang dijalankan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) secara umum faktor utama ialah berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri iaitu memandu dalam keadaan tidak cukup rehat yang menyebabkan badan lesu dan mengantuk, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju dan sikap tidak berhemah terhadap undang-undang jalan raya,”

 Melalui kenyataan di atas boleh dikatakan semua kesalahan diletakkan kepada pemandu, pada aku kajian tu sekadar kajian yang tidak menyeluruh,memang tak di nafikan pekara-pekara di atas menyumbang pada kemalangan,tapi faktor keadaan fizikal jalanraya juga antara punca berlaku kemalangan,contoh jalan yang tidak diturap dengan baik,kekurangan papan tanda isyarat,jalan-jalan yang sedang diselenggara tidak diletak tanda amaran dengan sempurna,dan juga keadaan fizikal sesebuah kereta itu sendiri,contoh seperti proton saga yang zero safety,ini semua juga menjadi faktor utama pada kemalangan jalanraya..

Pada pihak yang 'berkenaan' kalau nak buat kajian biarlah menyeluruh,jangan hanya meletak kesalahan semuanya kepada pemandu semata-mata. Kalau jalanraya pun berlubang sana sini,dah tentu la mengundang pada kemalangan..

minyak masak boleh menjadi minyak enjin!

Bermula daripada minyak masak yang terpakai dan tidak lagi boleh digunakan ia kini boleh ditukar menjadi minyak pelincir berteknologi hijau.
Menurut Pembantu Penyelidik dari Fakulti Kimia dan Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohd. Hafiz Abdul Majid, minyak masak tersebut perlu melalui beberapa proses sebelum ia boleh dijadikan minyak pelincir.
Ujarnya, proses tersebut ditemui oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr. Robiah Yunus.
"Pada peringkat awal ia perlu diproses secara berperingkat-peringkat sebelum boleh digunakan," katanya ketika ditemui di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2011 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Jelas Hafiz proses pertama adalah pemeringkatan methyl ester kemudian proses transestrefication dan soap removal, terakhir proses methyl ester recovery melalui ATFE (Agitated thin Film Evaporator).
Minyak pelincir kebiasaannya dihasilkan melalui petrolium, namun berikutan ia semakin mahal penggunaan minyak masak terpakai dilihat lebih menjimatkan.
"Minyak pelincir kitar semula tersebut boleh digunakan dalam kerja-kerja besi, pelincir hidraulik serta minyak enjin", ujarnya.
Minyak kitar semula yang dikenali sebagai Green lubricant ini juga lebih mesra alam berikutan ia dihasilkan daripada kelapa sawit.
Produk ciptaan Dr. Robiah ini juga telah menarik minat pihak swasta iaitu Solution Biogen Sdn. Bhd. untuk dikomersialkan, untuk maklumat lanjut anda boleh emailkan pertanyaan kepada Dr. Robiah di alamat emel robiah@eng.upm.edu.my.-utusan
Tak lama lagi harga petrol turun,harga sawit pla meningkat adeehh.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...